Selasa, 23 Mac 2010

SUPER MY PLANT FOOD


SMPF (serbuk ) Memperkenalkan baja berteknologi tinggi yang efektif untuk semua jenis tanah dan semua jenis tanaman terutamanya Sawit, Getah, dan Buah-buahan. Mengandungi " enzim activator " dan unsur nutrien ( mikro dan makrob ) yang lengkap. Telah terbukti menjimatkan kos keseluruhan penggunaan baja. Setiap pokok yang matang hanya memerlukan 40g/pokok setiap pusingan pembajaan. Penjimatan sehingga 40% kos pembajaan secara konsisten. Fungsi SMPF ini adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pengeluaran tanaman. Penggunaan baja NPK biasa masih boleh digunakan dengan berselang seli pembajaan SMPF.
SMPF ( liquid ) Baja 100% larut air yang membekalkan nutrien tanaman melalui akar dan daun.
Meransang pengeluaran bunga dan buah serta meningkatkan kualitinya. Baja ini mempunyai asid humik untuk meningkatkan penyerapan nutrien oleh daun. Mudah digunakan untuk disembur atau disiram. Boleh digunakan bersama racun serangga dan racun kulat. Anda boleh melihat perubahan selepas siraman pertama.
Penggunaan SMPF ini adalah mudah dengan hanya tabur / tanam di pangkal pokok atau dicairkan dengan air dan disembur ke daun pokok.
SMPF sesuai untuk para pengusaha pertanian yang mementingkan penjagaan alam sekitar kerana ianya baja mesra alam yang cepat diserap oleh pokok, tidak merbahaya kepada manusia dan haiwan ternakan. Ia juga tidak merosakkan tanah untuk penggunaan jangkamasa panjang berbanding baja yang lain.
Ringkasan Kelebihan SMPF ini ialah:
- meningkatkan hasil dan pendapatan perngusaha pertanian
- mudah digunakan
- mengelak pembaziran baja NPK
- mengurangkan kos pembajaan
- selamat digunakan
- menyelaraskan aktivit enzim
- bertindak sebagai pemecah nutrien
- mencegah daripada serangan kulat dan ganoderma
- meningkatkan kandungan klorofil
- meningkatkan kadar fotosintesis
- menambahkan kesuburan tanah
- menambahkan nutrien ( makro dan mikro ) tanah
- meningkatkan kadar perahan minyak sawit
- meningkatkan pengeluaran dan kepekatan susu getah
- menjadikan buah buahan lebih berperisa
- telah dikaji dan di buktikan sejak tahun 1998.



Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama